Saturday, April 25, 2009

Memori Silam



Sepi...
Tiada bintang di langit
Tiada bayu berkunjung
Insan-insan lain pun sudah tiada yang sudi bertandang
Bunyi unggas pun sudah tidak meriah kedengaran

Sepi...
Aku masih di situ
Menanti bintang menabur senyum
Menanti unggas bernyanyi lagu rimba
Insan lain? Hmmm... mereka takkan ke sini lagi
Cuma aku
Mengutip sisa kenangan lalu
Di sini pernah wujud wilayah yang gemilang
Ada unggas-unggas menggamatkan suasana
Ada pohon-pohon hijau yang merimbun menyejuk mata
ada deru air sungai jernih yang membawa khabar gembira
Ada ikan-ikan berenang bebas sesukanya
Rerama sering hinggap mengindah suasana

Namun waktu itu sudah berlalu
Tangan-tangan kejam sudah menjalankan tugasnya
Menodai alam atas nama pembangunan
Pembangunan?
Di situ cuma ada tiang-tiang berdiri tanpa harga diri
Ada longgokan-longgokan kaca pecah
Tanda pembangunan tak menjadi
Ada tinggalan bahan binaan yang menyakit hati
Ada bata-bata tinggal yang rosak dibakar mentari dan disirami hujan
Mencemar intisari
Mencemuh ilusi

Dan aku masih lagi di situ
Cuba menghidupi memori silam
Sewaktu hidup masih tenang
Sewaktu ozon masih cemerlang


(Sumber imej: (Gerhana dari www.iosastronomy.co.uk; projek terbengkalai dari www.journalofcommerce.com)

10 comments:

  1. Gerhana di mana-mana. Jangan lupa jadi pengikut saya senang nak jejak.

    ReplyDelete
  2. entri berbunyi seperti hati terkilan. Atau hati sedang dilanda gerhana?

    ReplyDelete
  3. Salam DrSam,

    Hehehe! Pandai DrSam!(:-D)Terkilan pun terkilan juga. Gerhana pun gerhana juga.

    ReplyDelete
  4. wow ... amazing! tak sangka banker pun mahir bersajak... hantar lah kat utusan msia

    ReplyDelete
  5. Salam Mahzan,

    Nanti dulu... Ni baru stage "saya budak baru belajar..." Takut pakat kena gelak je! Hehehe...

    ReplyDelete
  6. Mia's Mom,

    Terima kasih sudin menjadi follower saya.

    Bagus puisi anda, indah dan mengasyikan. Saya teringat zaman kanak-kanak saya. Saya memiliki semuanya seperti dalam puisi puan. Tetapi sekarang ianya telah jauh dan begitu lama meninggalkan saya.

    Adakah pembangunan yang menyebabkan semuanya akan meninggalkan kita. Ataupun kita akan terus ketinggalan jika tiada pembangunan? Komen sikit.

    Teruslah menulis puisi lagi. Suka membaca dan menghayatinya.

    ReplyDelete
  7. Salam Zedmagel (:-D),

    Pertamanya, terimakasih kembali kerana menjadi follower saya. Dan terimakasih juga atas ulasan tentang puisi saya - baru bertatih-tatih sebenarnya. Saya pun memiliki suasana seperti yang saya gambarkan tu suatu masa dulu. Hidup begitu mudah & indah jadinya.

    Pembangunan? Ada yang berkata "kemusnahan" alam semulajadi adalah harga sebuah pembangunan. Tetapi byk maknanya pembangunan ni. Dari segi infrastruktur memang kita perlu untuk memudahkan sistem komunikasi, pendidikan dan pentadbirann umpamanya - tetapi yang menyakitkan adalah alam semulajadi dikorbankan untuk projek2 yang terbiar dan yang tak menjadi. Dan setelah kawasan tersebut dibongkar, tidak pula diganti pokok2 yang telah ditebang. Maka, pincanglah paksi alam. Tapi, yang paling penting pembangunan minda dan jati diri - walau setinggi langit pun ilmu dan pembangunan infrastruktur yang kita kecapi, kita harus ingat asal usul dan Pencipta. Betul tak? (:-D) Mungkin Zedmagel ada nak tambah?

    ReplyDelete
  8. Mia's mom,

    Terima kasih atas ulasan puan. Walaupun sedikit tapi padat dan bernas.

    Respon saya pada topik ini - Agak sukar untuk kita menyalahkan atau menuding jari pada sekelompok individu tertentu. Meneruskan sebuah kelangsungan hidup adalah tujuan utama masing-masing dan punya pengertian sendiri-sendiri. Pencita alam mungkin sependapat dengan saya dan puan, tetapi pencinta pembangunan agak kontra dengan kita. Apa pun pembangunan diri adalah yang utama sebagai insan kerdil yang hanya sementara di bumi Allah ini.

    Kita semua adalah musafir yang singgah hanya sebentar, sementara menyambung lagi kehidupan di alam abadi.Esok atau lusa kita akan pulang kepangkuanNya jua. Tetapi berapa ramaikah yang berfikiran seperti saya? Apa lagi yang harus kita tinggalkan untuk genarasi yang akan datang? Sebuah mayapada yang layu dan kontang.

    Bila puisi indah puan akan tertera di blog ini lagi.?

    ReplyDelete
  9. Salam Zedmagel (:-D)

    Sekiranya ramai lagi yang berfikiran seperti saudara, tentu hidup di bumi ini aman, makmur dan sejahtera (:-D).

    Menakutkan bila generasi akan datang ditinggalkan dgn "mayapada yang layu dan kontang" - lebih menakutkan jika yang layu dan kontang itu minda dan kealpaan padaNya.

    ReplyDelete