Monday, April 20, 2009

Jejak Hidup?

Jejak-jejak kecil
menyelusuri pasir2 halus
terdengar riuh hilai
tawa ria menikmati suasana pantai

Namun jejak tak lama di situ
Hilang dibawa ombak berderai
begitukah hidup ini?
umpama jejak di pantai
ataukah umpama ombak?
yang mengaut segala ke dasar
mungkinkah umpama laut?
yang dalamnya penuh khazanah
atau juga umpama angin
yang boleh dinikmati sejenak
lalu hilang tanpa jejak...

3 comments:

  1. Mia's Mom,

    Mengapa menulis puisi mengenai alam yang telah banyak kesuraman dan kekelaman? Atau mampukah kita kembalikan jika ianya telah lama kita sendiri-sendiri ditinggalkan?

    Indah puisi puan, hingga begitu sukar untuk saya ungkapkan pujian.

    ReplyDelete
  2. Salam Zedmagel (:-D),

    Saya memang merindui alam yang seperti masa saya kecil dulu (:-D). Saya rindu kehijauan alam, kicau burung dan deruan air sungai - mengada2 pula saya ni, kan? Kerana sukar untuk mendapat kembali suasana begitu.

    ReplyDelete
  3. Reading this makes me feel more lonely.. Makes me think about the past and those people I missed and the fond memories..

    ReplyDelete