

di sini ada kasih sayang melimpah
di sini ada pelajaran tentang hidup senang susah
Di sini ada tawa riang ria, setelah jerih payah
mengharung hari-hari yang gelisah
Namun, di sini tiada uang yang meruah
cuma ada keazaman tanpa lelah
mengajar warganya yang hidup tidak selalunya mudah
bersyukur atas rezeki yang cuma sekepal
kerana itu hasil titik peluh yang diawali Bismillah
yang berusaha demi kasih sayang & redha Ilahi
Ingat anakku, pesan Tuan Rumah
telusuri hidup tanpa keluh kesah
bila diuji Allah, bersyukurlah
kerana Dia sedang mengasihi & mengawasi
Sekuat mana imanmu
Seteguh mana pegangan Syahadahmu
Mia mom's,
ReplyDeleteOrang miskin dan kerdil biasanya hidup lebih pasrah dan penuh indah. tiada masalah dan sangat bahagia.
Salam Zedmagel,
ReplyDeleteBetul tu! Kami adik-beradik pernah merasai hidup susah. Asalnya Ayah saya berniaga - hidup agak senang tetapi apabila perniagaan ayah jatuh maka bermulalah episod hidup susah kami. Teringat waktu abang saya cuma ada satu uniform sekolah. Setiap hari apabila pulang sekolah, ibu akan cepat2 membasuhnya untuk dipakai semula esok. Kalau hujan ibu akan menggantung pakaian itu di atas api supaya kering. Bermula juga episod ibu menyingsing lengan membantu ayah dengan berkebun limau dan bertanam jagung. Tetapi, yang penting dalam kesusahan itu, kami belajar menghargai dan bersyukur atas apa saja yang datang walau sekecil mana pun. Dan hidup walaupun terasa sempitnya tetapi tetap indah (:-D)