Monday, April 20, 2009

Senja di Desa

Gemalai bayu senja
Meneman mentari bertandang ke ufuk sana
menambah syahdu panggilan Azan
Meruap rindu anak rantauan
Nun di sana
Kaum Ibu melaung memanggil anak pulang
Cepat mandi & sembahyang
Musolla mula dipenuhi orang
Gamat seketika suasana desa permai

Suara Imam kedengaran
Supaya saf diluruskan
Rapat supaya barisan tak terpecahkan
Giliran Mu'azzin melafaz Qamat
Lalu kembali suasana hening
Masing2 dengan peranannya
Sang Imam mengepalai
Si Makmum akur mematuhi
& jiwa2 bersatu memohon belas kasihan Ilahi
moga diampuni, moga dilimpahi rezeki mencukupi
& Iman yang tak berbelah-bahagi
Semoga hidup sentiasa diberkati
dalam lingkungan Redha Ilahi
Amin.....

4 comments:

  1. Mia's Mom,

    Indahnya saat itu. Terdengar jeritan ibu menyuruh pulang, sedang kita leka bersama teman sepermainan. Tapi kini dimanakah panorama itu akan kita temukan lagi?

    Di kampung , apalagi di bandar suasana sebegitu sudah tiada lagi. Kita meneruskan kelangsungan hidup yang sendiri-sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Zedmagel (:-D),

    Sayangnya bila pulang ke kampung sekarang ini, suasana begitu pun sudah agak jarang sekali. Saya sudah tidak melihat anak2 berlari-lari ke masjid untuk solat berimam. Yang muda-muda pun sudah tak ramai seperti dulu - mungkin ramai yang dah berhijrah.

    Arwah ayah saya selain menjadi Guru, turut menjadi Imam di masjid kampung. Disebabkan saya ni byk bertanya (dia juga yang galakkan) sewaktu di rumah, dia sering bimbang jika saya bertanya soalan2 seperti di rumah jika saya ikut serta ke masjid sewaktu dia memberi syarahan. Jadi dia tidak berapa menggalakkan saya ke masjid. Tapi saya selalu akan berlari2 sewaktu azan untuk ke sana tanpa pengetahuan ayah saya.

    Selepas solat Maghrib, selalunya dia akan terdengar suara saya bila bercakap dengan mak cik2 dan nenek2 yang sama berjemaah. Jadi dia akan datang ke tabir dan memanggil dgn perlahan , "Adik ke tu....? Datang jugak ya? Ingat ya.. pesan Baba..." Saya cuma tersengih di belakang tabir. Selepas Isyak pula, saya akan berjalan cepat2 dgn seorang Nenek yang tinggal berdekatan dengan rumah kami (bukan apa, tumpang lampu suluh dia! (:-D)dan akan sampai di rumah sebelum Baba saya sampai.

    Hidup memang indah waktu itu!

    ReplyDelete
  3. Mia Mom's,

    Sangat indah cerita itu, saya bisa membayangkanya. Waktu kanak-kanak saya masa solat jemaah disurau bersama rakan sebaya, lepas isyak saya balik menggunakan andang daun kelapa. Senior pula nakal-nakal mereka menyorok di balik pohon besar berselubung muka dan menakutkan kami, apalagi kami budak-budak lari lintang pukang. Maklum rumah kampung jauh jaraknya satu-satu.

    Sekarang saya hanya mampu mengapai kenangan itu, yang selamnya tidak mungkin saya alami lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam Zedmagel,

    Seronok betul bila teringat kembali waktu itu, kan? Suatu pengalaman yang tak mungkin dapat dikongsi dgn generasi baru - Anak2 saya tak mungkin dapat merasainya. Walaupun serba kekurangan ketika itu, saya rasa sangat beruntung melaluinya.

    ReplyDelete